Wednesday 5 December 2012

Alhamdulillah :)

Assalaumualaikum w.b.t.

 Hey ! Hope all of you in pink of health. Pada 29-31 Oktober 2012 yang lepas. Mozac telah menghantar sebuah pasukan debat Bahasa Melayu ke pertandingan debat Piala Tun Razak yang berlangsung di Sekolah Dato' Abdul Razak a.k.a SDAR yang gah dengan kekuatan debat mereka. Kami iaitu Buqhari, Nabil, Husna dan Izyan merupakan pasuka tersebut. kami juga diiringi oleh Cikgu Daliza dan juga jurulatih bahas kami yang terkenal dengan kepetahan berkata-kata iaitu abang Amar Hilmi. Kami merupakan pasukan yang pertama sampai pada pukul 10.30 pagi. Setelah mendaftar kami terus dibawa ke peginapan kami dan dikehendaki berada di Dewan Kuliah Tun Dr. Mahathir  pada pukul 8.00 untuk sesi taklimat dan perlawanan yang pertama. Selain itu , kami juga perlu megharungi 5 perlawanan kumpulan sebelum 8 pasukan terbaik akan layak ke Suku Akhir.  Berikut adalah keputusan perlawanan:

P1

MOZAC (K) vs SWING (P)

Margin 8
Pembahas terbaik : Muhd Nabil b. Mad Sari
MOZAC menang

P2

MOZAC (K) vs SDAR B (P)

Margin 1.67
Pembahas terbaik : Izyan Ainaa bt. Khasbullah
MOZAC menang

P3

MOZAC (P) vs SDAR A (K)

Margin 1
Pembahas terbaik : Izyan Ainaa bt. Khasbullah
MOZAC menang

P4

MOZAC (P) vs STAR  (K)

Margin 1
Pembahas terbaik : Izyan Ainaa bt. Khasbullah
MOZAC menang

P5

MOZAC (K) vs SDAR A (P)

Margin 3
Pembahas terbaik : Helmy Junaidi (SDAR A)
SDAR A menang

Dengan 4 kemenangan dan 1 kekalahan , MOZAC telah menduduki tempat ke-dua peringkat kumpulan dan layak ke peringkat Suku Akhir. Pada peringkat Suku Akhir , kami telah bertemu SMS Banting yang telah memeberikan saingan sengit kepada kami .

Suku Akhir

MOZAC (P) vs SMS Banting (K)

Margin 1.32
Pembahas terbaik : Muhd Nabil b. Mad Sari
MOZAC menang.

Alhamdulillah , kami berjaya mengalahkan SMS Banting yang memeberikan saingan yang amat sengit kepada kami. Dengan itu kami telah diundi bertemu SMAP Kajang pada peringkat Separuh Akhir.

Separuh Akhir

MOZAC (K) vs SMAP Kajang (P)

Margin 1
Pembahas terbaik : (tak ingat)
MOZAC menang

Syukur ke hadrat ilahi kerana kami berjaya mara ke peringakat Akhir. Kami bertemu SDAR A pada peringkat akhir

AKHIR.

MOZAC (K) vs SDAR A (P)

Usul : Identiti Pendidikan Kita Boleh Dibanggakan

Margin 1
Juri 7-0
Pembahas terbaik : Izyan Ainaa bt. Khasbullah
MOZAC menang

Alhamdulillah ! Kata-kata tidak dapat mengambarkan betapa gembiranya kami apabila dapat mengalahkan tuan rumah SDAR A. Juri mendapati bahawa perlawanan akhir berlangsung dengan sengit. Kami juga ingin mengucapakan terima kasih yang tak terhingga kepada guru pengiring kami Cikgu Daliza dan juga e-x MOZAC yang tidak jemu melatih kami iaitu Abg Amar Hilmi da Abg Amrul Safuwan ^^ Kami juga berharap kemenangan ini adalah titik permulaan kami untuk mencapai impian kami yang sebenar iaitu untuk menjuarai Petandingan Bahas Piala Perdana Menteri yang menjadi impian setiap pembahas SBP amnya. Kami juga agar dapat mempertahankan Piala Tun Razak pada tahun 2013. Amin. Akhir kalam , Kami Pendebat MOZAC. Banyak izin laluan kami tak gentar. Piala Debat kami kejar. Rupa tak sama , hujah        berbeza. Premis serupa, bidasan bergaya. Kami pendebat MOZAC. Kami takkan terpisah ^^


Sweetest moment ever ! ^^

Our trainer. Haha xD Thanks bro

Terima kasih cikgu atas nasihat-2 yang beruna untuk kami :)







No comments:

Post a Comment