Saturday 8 June 2013

Jadikan TELADAN ^^

DI SAAT AKU DITALKINKAN! ( mesti baca! )
Closed


Assalamualaikum wr wb
Sebak dada bila membaca email ni....but its good ...
Semoga kita insaf dan menjadi pelajaran. InsyaAllah...

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak.

Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.Derita sngguh.nafasku sesak.

Tiba-tiba tanganku di pegang kuat."Mengucap sayang,,mengucap........Asyhaduallailahaillallah........."ucapan
itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.Mungkin abang baru sampai. "Tenat",jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah..... Tapi mataku.......semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuaraitu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kaulafazkan,abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran
suara doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku. "Yassin......".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang.Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.

"Tolong ibu,tolonglah aku,
aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka
semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan rintihan "Panas,dahaga,haus,panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli.Nenekku datang,"Nenek...........". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".

"Ibu......".
Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.
" Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan
islam, matilah dalam agama yahudi.....".
Ayah.......kau datang ayah.......".
"Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga". "Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?? "Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah......".Ucapan
itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya"Mari ikut kami".cahaya putih datang.datang hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang ."Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut.......!!!!!!". Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah.......".Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun.... Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah
yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah ni?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......".

"Assalamualaikum......".
"Siapa yang memberi salam itu?".
"Aku".
"Kau siapa wahai pemuda???".
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak
pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya......jijik,loya,aku rasa........teramat loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?".
"Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh
dan sejijik ini".
"Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari".
"Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad
ini mendengarnya.
"Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini".
"Akulah amalanmu yang keji..........".

Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini?????

"Tolong....sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu.....malu.....malu......!!!!!!".
Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan.Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas....panas........". Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?

Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?
Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan".Dan kini
baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.

Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah
dan abang.Aku diusung setapak demi setapak". "Al-Fatihah!"Keengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?". Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan",aku terdengar suara tok imam memberitahu."Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.

"Tanah apa ini?".
"Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".
"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar........".Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.

"Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong !!!! THIS IS A GOOD STORY BUT THE AUTHOR LEFT OUT ONE MOST IMPORTANT THING IN DEATH..... "SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT." 

Sunday 26 May 2013

Best friend till die

Assalamualaikum.

Semua org mesti ade kawan baik yg boleh buat kita sakit hati, gelak. Selalu cari pasal --' And sengal :p Well, aku ade ramai kawan baik and ini salah satu darinya. Lol , aku rase kau lah yang selalu buat aku tergelak dan terguling guling sampai jatuh tangga. *bak kata kaulah . And kawan nilah yang selalu ade kalau kita memerlukan. And aku rasenye kau ade semua ciri kawan yang aku cakap tu. Haha, paling banyak ialah sengal :p Lol , macam mane kenal kau eh ? Hmm , twitter. Betul lah. Mula-2 kenal kau aku ingat kau biase je. Tapi bile dah lame-2 baru tahu. Kau mmg jauh dari biasa xD Sengal, suka cari pasal itu kau. Walaupun kadang-2 sakit hati. Haha , tapi aku tak kesah. Sebab aku pon selalu buat mcam tu dekat kau :p Padan muka !   Lol , balas dendam :p Kesian kau , haha.

And rupenye kau ni susah emo ehh. Hehe , penat cari pasal dgn kau tapi satu pun kau tak emo. Tak perasaan :p Lol, gurauan semata-mata. Tipulah manusia takde perasaan xD I wish one day dapat tgk kau emo. Hehe , haritu ingat betul-2 emo tapi lakonan je --' Takpe, aku akan terus mencuba. Cehhh xD Tak payah, aku takut kalau kau betul-2 emo dengan aku nanti ade yang kita tak kawan lagi. Hee, ajet ajet je aku ni :p

Haha , kebaikan kau. Hmm , kau baik ke ? :p gurau ehh. Kau baik wehh. Sekolah agama kan. Mestilah, bagus-2. Hmm , kau ambil berat kot xD Hehe ape lagi. Kering idea nak tulis ape.

Last sekali, KEGILAAN  kau. Haha, kau memang sengal. Selalu merepek and penting sekali. Kau punye gila tu selalu buat aku gelak macam orang giler xD Lol , memey ar :p Kau pon pernah cakap dengan aku yang kau mmg macam tu. Lol, tak kesah lah sebab yang penting sekali kau happy dengan hidup kau :) Tu yang paling penting

Dah, sampai sini je :p Hee, just wanna say. Good luck in your life. Jangan lupa Allah SWT.
And belajar betul-2 ! :p Kau kan rajin. hehe xD And I hope we'll friends forever :) Thank you sebab selalu tolong aku bila aku ade masalah. And thank you  sebab kau banyak bagi kenangan manis dlm hidup aku. Lol ayat tak boleh xD

Best friend till die

Eh eh eh, siape kau tu. hee , kau tu Sumaiyah Rahim. 16 tahun and sekolah dekat bumi Allah Taala . Hehe, habis update :p

Assalamualaikum

Thursday 23 May 2013

Suara hati..

Tatkala kita girang menempuh hari ini,
Tatkala kita gembira untuk menunggu hari esok,
Tiba-tiba hati ini terdetik,
Adakah esok akan sama seperti hari ini ?
Adakah esok aku akan menjadi seperti aku pada hari ini ?
Adakah aku akan menjadi sperti aku selama ini,
Yang lalai serta alpa pada perintah-Nya,
Tiba-tiba, hati ini terasa hiba,
Mengenang kembali episod kelalaian juga kemungkaran aku kepada-Nya

Ya Allah...
Berapa lama aku harus tenggelam dalam lautan kemungkaran,
Yang selama ini aku renangi,
Adakah punya secebis harapan untuk aku kembali pada jalan yang jali ?
Termenung di luar jendela,
Aku jahil, aku alpa.
Dengan nikmat yang aku terima..

Ya Allah..
Ampunilah aku,
Sesungguh aku ingin kembali ke jalan-Mu,
Bantulah aku,
Aku hanylah hambu-Mu yang hina,
Yang membutuh keredhaan serta petunjuk dari-Mu..



Saturday 11 May 2013

Monolog hati..

Assalamualaikum. Tatkala diri meniti kegembiraan. Terdetik dalam hati. Adakah aku dijalan yang hakiki, ataupun hanya terkapai dalam angan-angan. Angan-angan yang mengalpakan, membuatkan aku lupa daratan. Lupa siapa diri aku, lupa impianku, lupa apa tujuan sebenarku. Aku lalai, aku alpa. Adat dunia, tiada kejayaan tanpa dugaan. Tapi mampukah aku ? Menempuh dugaan dengan hati yang kental ? Aku sedar aku makin goyah, terkapai-kapai dalam kesedihan yang sebal. Aku berputus-asa.. Hatta hati menidakkan, perbuatan terus mengiyakan. Aku semakin lalai dan lupa, melayan episod duka. Apa tujuan ku ? Apa matlamatku ? 

Mujur ada seorang insan, insan yang tidak sempurna. Namun sentiasa berusaha menuju redha-Nya. Menghampiri diriku dan berkata. Dalam hidup ini, Allah Maha Mengasihi. Tak pernah menguji melebihi kemampuan diri. Kita manusia, ciptaan Allah yang paling tinggi darjatnya. Gunakanlah akal , mohon pentunjuk-Nya. InsyaAllah kita berasa lega. 

Aku berfikir sejenak. Apa guna merungut. Apa guna bersedih. Itu hanya menyakitkan. Jalan ini yang aku pilih, aku harus tempuhi. Akanku tepis segala rintangan, aku tempuh segala cabaran. Dalam menjadikan diri insan yang berwawasan. 

Aku bersyukur, dikurniakan nikmat sebegini rupa. Walaupun tak sempurna, namun aku tahu. Bahawa Allah, Tuhanku. Tahu yang terbaik untuk diriku.. Monolog hati.......

Saturday 4 May 2013

Alhamdulillah

Assalamualaikum...
Ohh, berhabuk sungguh blog ini. xD Busy yer :) Form 4 , biaselah.
Hmm , alhamdulillah , syukur. Itu yang mampu hati ini kata. Lepas Johan lppkn haritu. Forum daerah dapat Johan jugak. Bersyukur walaupun pada awalnya tak target langsung sebab masa tak cukup. Tapi alhamdulillah , Allah swt makbulkan doa hamba yang tak sempurna ni :)

Negeri 26 Jun dekat SMK Nyalas. Yeahh ! Dekat dgn rumah , parents boleh datang. haha , Usaha tangga kejayaan kan. InsyaAllah kami usaha yang terbaik, tajuk yang sama dikekalkan. Brain Drain : Penghijrahan Golongan Bijak Pandai Fenomena Yang Membimbangkan. Panjang tapi isu ni sangat menarik xD To cikgu Hanita, cikgu Azniza and cikgu Muneira. Thank you for your support. :) And abang Naqib xD

Kalau daerah orang mempertikaikan. Untuk negeri ni kami akan usaha yang terbaik. To all Muzaffarian , do pray for our success. May our dream to represent Malacca come true :) InsyaAllah

So , sampai sini je. Assalamualaikum. Yang sempurna datang dari Allah SWT yang Mencipta. Dan yang tak sempurna datang dari saya yang diciptakan. :)


Wednesday 27 March 2013

Yeay ! Johan Forum Remaja.

ALhamdulillah , syukur ke hadrat ilahi dnegan limpah kurnianya dapat kami pasukan forum remaja MOZAC menjuarai Pertandingan Forum Remaja Kafe@TEEN anjuran LPPKN. Pertandingan telah diadakan pada 19 MAC 2013. Dengan topik Pendidikan Seks : Tanggungjawab Ibu Bapa di RUmah atau Guru di Sekolah ? pasukan forum yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 iaitu Nur Ain Husna , Muhammad Adi, Nur Faizah dan Muhammad Buqhari serta diiringi oleh Pn. Muneira bt. Haron  telah bertanding di Pejabat LPPKN Melaka di UTC. Syukur sekali lagi apabila Johan berjaya diungguli. Doakan kami agar berjaya di Pertandingan Forum Remaja peringkat Daerah nanti.


Her ^^

Her :) I love her. She's my princess in my heart . Even I never met her , even I far away from her and even I have to faces many challenges to get her. My heart only for HER :)

She teach me alot. She makes me change. She is SUPER SPECIAL. I afraid that I lose her. Because I love her so much. Every I'll pray to Allah swt so YOU can Be MINE :) insyaAllah, one day.  

Friday 28 December 2012

Menghitung hari

Assalamualaikum w.b.t ^^
Hey ! Harap anda semua sihat-2 semua nye.

Result PMR dah diumumkan. Alhamdulillah , aku dapat apa yang aku harapkan. Heee, 8A !!! xD Walaupun  pada mulanya aku tak rasa yakin aku akan dapat 8A. Tapi , alhamdulillah. But , result tahun ni memang mengecewakan. Hmm , 81 orang je yang dapat straight A's. Hmm , takpelah kan. Takde nasib. Kita berusaha , Allah swt yang menentukan. Mungkin ada hikmah semuanya ^^ Lol , stop pasal PMR. Hehe , barang yang lepas jangan dikenang.

Okay , soooooooo. 2 more days nak balik sekolah. Yeah yeah yeah ! Tak sabar nak jumpa cikgu , kawan , Ayahanda. Haha xD Dan aku dahh form 4 >.< Senior :3 3 years at Mozac. Dah macam-2 aku tengok. Sayang sekolah. Jatuh bangun biar kita bersama :) But , next year ade bio , physics , add math and chemist. --' Tak tahulah boleh ke tak. But , i'll try my best. InsyaAllah , tak cuba tak tahu kan. Okay sampai sini. Bye-2 Assalamualaikum


Sunday 9 December 2012

...

Assalamualaikum w.b.t  ^^


when trouble comes.  Allah is the right place for us to ask  forgiveness and  blessing :)

Wednesday 5 December 2012

Alhamdulillah :)

Assalaumualaikum w.b.t.

 Hey ! Hope all of you in pink of health. Pada 29-31 Oktober 2012 yang lepas. Mozac telah menghantar sebuah pasukan debat Bahasa Melayu ke pertandingan debat Piala Tun Razak yang berlangsung di Sekolah Dato' Abdul Razak a.k.a SDAR yang gah dengan kekuatan debat mereka. Kami iaitu Buqhari, Nabil, Husna dan Izyan merupakan pasuka tersebut. kami juga diiringi oleh Cikgu Daliza dan juga jurulatih bahas kami yang terkenal dengan kepetahan berkata-kata iaitu abang Amar Hilmi. Kami merupakan pasukan yang pertama sampai pada pukul 10.30 pagi. Setelah mendaftar kami terus dibawa ke peginapan kami dan dikehendaki berada di Dewan Kuliah Tun Dr. Mahathir  pada pukul 8.00 untuk sesi taklimat dan perlawanan yang pertama. Selain itu , kami juga perlu megharungi 5 perlawanan kumpulan sebelum 8 pasukan terbaik akan layak ke Suku Akhir.  Berikut adalah keputusan perlawanan:

P1

MOZAC (K) vs SWING (P)

Margin 8
Pembahas terbaik : Muhd Nabil b. Mad Sari
MOZAC menang

P2

MOZAC (K) vs SDAR B (P)

Margin 1.67
Pembahas terbaik : Izyan Ainaa bt. Khasbullah
MOZAC menang

P3

MOZAC (P) vs SDAR A (K)

Margin 1
Pembahas terbaik : Izyan Ainaa bt. Khasbullah
MOZAC menang

P4

MOZAC (P) vs STAR  (K)

Margin 1
Pembahas terbaik : Izyan Ainaa bt. Khasbullah
MOZAC menang

P5

MOZAC (K) vs SDAR A (P)

Margin 3
Pembahas terbaik : Helmy Junaidi (SDAR A)
SDAR A menang

Dengan 4 kemenangan dan 1 kekalahan , MOZAC telah menduduki tempat ke-dua peringkat kumpulan dan layak ke peringkat Suku Akhir. Pada peringkat Suku Akhir , kami telah bertemu SMS Banting yang telah memeberikan saingan sengit kepada kami .

Suku Akhir

MOZAC (P) vs SMS Banting (K)

Margin 1.32
Pembahas terbaik : Muhd Nabil b. Mad Sari
MOZAC menang.

Alhamdulillah , kami berjaya mengalahkan SMS Banting yang memeberikan saingan yang amat sengit kepada kami. Dengan itu kami telah diundi bertemu SMAP Kajang pada peringkat Separuh Akhir.

Separuh Akhir

MOZAC (K) vs SMAP Kajang (P)

Margin 1
Pembahas terbaik : (tak ingat)
MOZAC menang

Syukur ke hadrat ilahi kerana kami berjaya mara ke peringakat Akhir. Kami bertemu SDAR A pada peringkat akhir

AKHIR.

MOZAC (K) vs SDAR A (P)

Usul : Identiti Pendidikan Kita Boleh Dibanggakan

Margin 1
Juri 7-0
Pembahas terbaik : Izyan Ainaa bt. Khasbullah
MOZAC menang

Alhamdulillah ! Kata-kata tidak dapat mengambarkan betapa gembiranya kami apabila dapat mengalahkan tuan rumah SDAR A. Juri mendapati bahawa perlawanan akhir berlangsung dengan sengit. Kami juga ingin mengucapakan terima kasih yang tak terhingga kepada guru pengiring kami Cikgu Daliza dan juga e-x MOZAC yang tidak jemu melatih kami iaitu Abg Amar Hilmi da Abg Amrul Safuwan ^^ Kami juga berharap kemenangan ini adalah titik permulaan kami untuk mencapai impian kami yang sebenar iaitu untuk menjuarai Petandingan Bahas Piala Perdana Menteri yang menjadi impian setiap pembahas SBP amnya. Kami juga agar dapat mempertahankan Piala Tun Razak pada tahun 2013. Amin. Akhir kalam , Kami Pendebat MOZAC. Banyak izin laluan kami tak gentar. Piala Debat kami kejar. Rupa tak sama , hujah        berbeza. Premis serupa, bidasan bergaya. Kami pendebat MOZAC. Kami takkan terpisah ^^


Sweetest moment ever ! ^^

Our trainer. Haha xD Thanks bro

Terima kasih cikgu atas nasihat-2 yang beruna untuk kami :)