Saturday 11 May 2013

Monolog hati..

Assalamualaikum. Tatkala diri meniti kegembiraan. Terdetik dalam hati. Adakah aku dijalan yang hakiki, ataupun hanya terkapai dalam angan-angan. Angan-angan yang mengalpakan, membuatkan aku lupa daratan. Lupa siapa diri aku, lupa impianku, lupa apa tujuan sebenarku. Aku lalai, aku alpa. Adat dunia, tiada kejayaan tanpa dugaan. Tapi mampukah aku ? Menempuh dugaan dengan hati yang kental ? Aku sedar aku makin goyah, terkapai-kapai dalam kesedihan yang sebal. Aku berputus-asa.. Hatta hati menidakkan, perbuatan terus mengiyakan. Aku semakin lalai dan lupa, melayan episod duka. Apa tujuan ku ? Apa matlamatku ? 

Mujur ada seorang insan, insan yang tidak sempurna. Namun sentiasa berusaha menuju redha-Nya. Menghampiri diriku dan berkata. Dalam hidup ini, Allah Maha Mengasihi. Tak pernah menguji melebihi kemampuan diri. Kita manusia, ciptaan Allah yang paling tinggi darjatnya. Gunakanlah akal , mohon pentunjuk-Nya. InsyaAllah kita berasa lega. 

Aku berfikir sejenak. Apa guna merungut. Apa guna bersedih. Itu hanya menyakitkan. Jalan ini yang aku pilih, aku harus tempuhi. Akanku tepis segala rintangan, aku tempuh segala cabaran. Dalam menjadikan diri insan yang berwawasan. 

Aku bersyukur, dikurniakan nikmat sebegini rupa. Walaupun tak sempurna, namun aku tahu. Bahawa Allah, Tuhanku. Tahu yang terbaik untuk diriku.. Monolog hati.......

No comments:

Post a Comment