Bicara Kata

Setiap dugaan. Ada balasan dan hikmahnya. Allah SWT know the best for us

Saturday, 8 June 2013

Jadikan TELADAN ^^

DI SAAT AKU DITALKINKAN! ( mesti baca! )
Closed


Assalamualaikum wr wb
Sebak dada bila membaca email ni....but its good ...
Semoga kita insaf dan menjadi pelajaran. InsyaAllah...

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak.

Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.Derita sngguh.nafasku sesak.

Tiba-tiba tanganku di pegang kuat."Mengucap sayang,,mengucap........Asyhaduallailahaillallah........."ucapan
itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.Mungkin abang baru sampai. "Tenat",jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah..... Tapi mataku.......semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuaraitu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kaulafazkan,abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran
suara doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku. "Yassin......".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang.Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.

"Tolong ibu,tolonglah aku,
aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka
semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan rintihan "Panas,dahaga,haus,panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli.Nenekku datang,"Nenek...........". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".

"Ibu......".
Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.
" Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan
islam, matilah dalam agama yahudi.....".
Ayah.......kau datang ayah.......".
"Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga". "Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?? "Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah......".Ucapan
itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya"Mari ikut kami".cahaya putih datang.datang hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang ."Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut.......!!!!!!". Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah.......".Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun.... Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah
yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah ni?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......".

"Assalamualaikum......".
"Siapa yang memberi salam itu?".
"Aku".
"Kau siapa wahai pemuda???".
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak
pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya......jijik,loya,aku rasa........teramat loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?".
"Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh
dan sejijik ini".
"Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari".
"Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad
ini mendengarnya.
"Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini".
"Akulah amalanmu yang keji..........".

Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini?????

"Tolong....sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu.....malu.....malu......!!!!!!".
Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan.Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas....panas........". Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?

Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?
Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan".Dan kini
baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.

Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah
dan abang.Aku diusung setapak demi setapak". "Al-Fatihah!"Keengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?". Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan",aku terdengar suara tok imam memberitahu."Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.

"Tanah apa ini?".
"Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".
"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar........".Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.

"Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong !!!! THIS IS A GOOD STORY BUT THE AUTHOR LEFT OUT ONE MOST IMPORTANT THING IN DEATH..... "SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT." 
Posted by Buqhari at 05:31 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 26 May 2013

Best friend till die

Assalamualaikum.

Semua org mesti ade kawan baik yg boleh buat kita sakit hati, gelak. Selalu cari pasal --' And sengal :p Well, aku ade ramai kawan baik and ini salah satu darinya. Lol , aku rase kau lah yang selalu buat aku tergelak dan terguling guling sampai jatuh tangga. *bak kata kaulah . And kawan nilah yang selalu ade kalau kita memerlukan. And aku rasenye kau ade semua ciri kawan yang aku cakap tu. Haha, paling banyak ialah sengal :p Lol , macam mane kenal kau eh ? Hmm , twitter. Betul lah. Mula-2 kenal kau aku ingat kau biase je. Tapi bile dah lame-2 baru tahu. Kau mmg jauh dari biasa xD Sengal, suka cari pasal itu kau. Walaupun kadang-2 sakit hati. Haha , tapi aku tak kesah. Sebab aku pon selalu buat mcam tu dekat kau :p Padan muka !   Lol , balas dendam :p Kesian kau , haha.

And rupenye kau ni susah emo ehh. Hehe , penat cari pasal dgn kau tapi satu pun kau tak emo. Tak perasaan :p Lol, gurauan semata-mata. Tipulah manusia takde perasaan xD I wish one day dapat tgk kau emo. Hehe , haritu ingat betul-2 emo tapi lakonan je --' Takpe, aku akan terus mencuba. Cehhh xD Tak payah, aku takut kalau kau betul-2 emo dengan aku nanti ade yang kita tak kawan lagi. Hee, ajet ajet je aku ni :p

Haha , kebaikan kau. Hmm , kau baik ke ? :p gurau ehh. Kau baik wehh. Sekolah agama kan. Mestilah, bagus-2. Hmm , kau ambil berat kot xD Hehe ape lagi. Kering idea nak tulis ape.

Last sekali, KEGILAAN  kau. Haha, kau memang sengal. Selalu merepek and penting sekali. Kau punye gila tu selalu buat aku gelak macam orang giler xD Lol , memey ar :p Kau pon pernah cakap dengan aku yang kau mmg macam tu. Lol, tak kesah lah sebab yang penting sekali kau happy dengan hidup kau :) Tu yang paling penting

Dah, sampai sini je :p Hee, just wanna say. Good luck in your life. Jangan lupa Allah SWT.
And belajar betul-2 ! :p Kau kan rajin. hehe xD And I hope we'll friends forever :) Thank you sebab selalu tolong aku bila aku ade masalah. And thank you  sebab kau banyak bagi kenangan manis dlm hidup aku. Lol ayat tak boleh xD

Best friend till die

Eh eh eh, siape kau tu. hee , kau tu Sumaiyah Rahim. 16 tahun and sekolah dekat bumi Allah Taala . Hehe, habis update :p

Assalamualaikum
Posted by Buqhari at 20:52 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 23 May 2013

Suara hati..

Tatkala kita girang menempuh hari ini,
Tatkala kita gembira untuk menunggu hari esok,
Tiba-tiba hati ini terdetik,
Adakah esok akan sama seperti hari ini ?
Adakah esok aku akan menjadi seperti aku pada hari ini ?
Adakah aku akan menjadi sperti aku selama ini,
Yang lalai serta alpa pada perintah-Nya,
Tiba-tiba, hati ini terasa hiba,
Mengenang kembali episod kelalaian juga kemungkaran aku kepada-Nya

Ya Allah...
Berapa lama aku harus tenggelam dalam lautan kemungkaran,
Yang selama ini aku renangi,
Adakah punya secebis harapan untuk aku kembali pada jalan yang jali ?
Termenung di luar jendela,
Aku jahil, aku alpa.
Dengan nikmat yang aku terima..

Ya Allah..
Ampunilah aku,
Sesungguh aku ingin kembali ke jalan-Mu,
Bantulah aku,
Aku hanylah hambu-Mu yang hina,
Yang membutuh keredhaan serta petunjuk dari-Mu..



Posted by Buqhari at 05:48 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 11 May 2013

Monolog hati..

Assalamualaikum. Tatkala diri meniti kegembiraan. Terdetik dalam hati. Adakah aku dijalan yang hakiki, ataupun hanya terkapai dalam angan-angan. Angan-angan yang mengalpakan, membuatkan aku lupa daratan. Lupa siapa diri aku, lupa impianku, lupa apa tujuan sebenarku. Aku lalai, aku alpa. Adat dunia, tiada kejayaan tanpa dugaan. Tapi mampukah aku ? Menempuh dugaan dengan hati yang kental ? Aku sedar aku makin goyah, terkapai-kapai dalam kesedihan yang sebal. Aku berputus-asa.. Hatta hati menidakkan, perbuatan terus mengiyakan. Aku semakin lalai dan lupa, melayan episod duka. Apa tujuan ku ? Apa matlamatku ? 

Mujur ada seorang insan, insan yang tidak sempurna. Namun sentiasa berusaha menuju redha-Nya. Menghampiri diriku dan berkata. Dalam hidup ini, Allah Maha Mengasihi. Tak pernah menguji melebihi kemampuan diri. Kita manusia, ciptaan Allah yang paling tinggi darjatnya. Gunakanlah akal , mohon pentunjuk-Nya. InsyaAllah kita berasa lega. 

Aku berfikir sejenak. Apa guna merungut. Apa guna bersedih. Itu hanya menyakitkan. Jalan ini yang aku pilih, aku harus tempuhi. Akanku tepis segala rintangan, aku tempuh segala cabaran. Dalam menjadikan diri insan yang berwawasan. 

Aku bersyukur, dikurniakan nikmat sebegini rupa. Walaupun tak sempurna, namun aku tahu. Bahawa Allah, Tuhanku. Tahu yang terbaik untuk diriku.. Monolog hati.......
Posted by Buqhari at 08:25 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 4 May 2013

Alhamdulillah

Assalamualaikum...
Ohh, berhabuk sungguh blog ini. xD Busy yer :) Form 4 , biaselah.
Hmm , alhamdulillah , syukur. Itu yang mampu hati ini kata. Lepas Johan lppkn haritu. Forum daerah dapat Johan jugak. Bersyukur walaupun pada awalnya tak target langsung sebab masa tak cukup. Tapi alhamdulillah , Allah swt makbulkan doa hamba yang tak sempurna ni :)

Negeri 26 Jun dekat SMK Nyalas. Yeahh ! Dekat dgn rumah , parents boleh datang. haha , Usaha tangga kejayaan kan. InsyaAllah kami usaha yang terbaik, tajuk yang sama dikekalkan. Brain Drain : Penghijrahan Golongan Bijak Pandai Fenomena Yang Membimbangkan. Panjang tapi isu ni sangat menarik xD To cikgu Hanita, cikgu Azniza and cikgu Muneira. Thank you for your support. :) And abang Naqib xD

Kalau daerah orang mempertikaikan. Untuk negeri ni kami akan usaha yang terbaik. To all Muzaffarian , do pray for our success. May our dream to represent Malacca come true :) InsyaAllah

So , sampai sini je. Assalamualaikum. Yang sempurna datang dari Allah SWT yang Mencipta. Dan yang tak sempurna datang dari saya yang diciptakan. :)


Posted by Buqhari at 08:01 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 27 March 2013

Yeay ! Johan Forum Remaja.

ALhamdulillah , syukur ke hadrat ilahi dnegan limpah kurnianya dapat kami pasukan forum remaja MOZAC menjuarai Pertandingan Forum Remaja Kafe@TEEN anjuran LPPKN. Pertandingan telah diadakan pada 19 MAC 2013. Dengan topik Pendidikan Seks : Tanggungjawab Ibu Bapa di RUmah atau Guru di Sekolah ? pasukan forum yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 iaitu Nur Ain Husna , Muhammad Adi, Nur Faizah dan Muhammad Buqhari serta diiringi oleh Pn. Muneira bt. Haron  telah bertanding di Pejabat LPPKN Melaka di UTC. Syukur sekali lagi apabila Johan berjaya diungguli. Doakan kami agar berjaya di Pertandingan Forum Remaja peringkat Daerah nanti.


Posted by Buqhari at 20:14 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Her ^^

Her :) I love her. She's my princess in my heart . Even I never met her , even I far away from her and even I have to faces many challenges to get her. My heart only for HER :)

She teach me alot. She makes me change. She is SUPER SPECIAL. I afraid that I lose her. Because I love her so much. Every I'll pray to Allah swt so YOU can Be MINE :) insyaAllah, one day.  
Posted by Buqhari at 20:02 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 28 December 2012

Menghitung hari

Assalamualaikum w.b.t ^^
Hey ! Harap anda semua sihat-2 semua nye.

Result PMR dah diumumkan. Alhamdulillah , aku dapat apa yang aku harapkan. Heee, 8A !!! xD Walaupun  pada mulanya aku tak rasa yakin aku akan dapat 8A. Tapi , alhamdulillah. But , result tahun ni memang mengecewakan. Hmm , 81 orang je yang dapat straight A's. Hmm , takpelah kan. Takde nasib. Kita berusaha , Allah swt yang menentukan. Mungkin ada hikmah semuanya ^^ Lol , stop pasal PMR. Hehe , barang yang lepas jangan dikenang.

Okay , soooooooo. 2 more days nak balik sekolah. Yeah yeah yeah ! Tak sabar nak jumpa cikgu , kawan , Ayahanda. Haha xD Dan aku dahh form 4 >.< Senior :3 3 years at Mozac. Dah macam-2 aku tengok. Sayang sekolah. Jatuh bangun biar kita bersama :) But , next year ade bio , physics , add math and chemist. --' Tak tahulah boleh ke tak. But , i'll try my best. InsyaAllah , tak cuba tak tahu kan. Okay sampai sini. Bye-2 Assalamualaikum


Posted by Buqhari at 05:21 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 9 December 2012

...

Assalamualaikum w.b.t  ^^


when trouble comes.  Allah is the right place for us to ask  forgiveness and  blessing :)

Posted by Buqhari at 22:38 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 5 December 2012

Alhamdulillah :)

Assalaumualaikum w.b.t.

 Hey ! Hope all of you in pink of health. Pada 29-31 Oktober 2012 yang lepas. Mozac telah menghantar sebuah pasukan debat Bahasa Melayu ke pertandingan debat Piala Tun Razak yang berlangsung di Sekolah Dato' Abdul Razak a.k.a SDAR yang gah dengan kekuatan debat mereka. Kami iaitu Buqhari, Nabil, Husna dan Izyan merupakan pasuka tersebut. kami juga diiringi oleh Cikgu Daliza dan juga jurulatih bahas kami yang terkenal dengan kepetahan berkata-kata iaitu abang Amar Hilmi. Kami merupakan pasukan yang pertama sampai pada pukul 10.30 pagi. Setelah mendaftar kami terus dibawa ke peginapan kami dan dikehendaki berada di Dewan Kuliah Tun Dr. Mahathir  pada pukul 8.00 untuk sesi taklimat dan perlawanan yang pertama. Selain itu , kami juga perlu megharungi 5 perlawanan kumpulan sebelum 8 pasukan terbaik akan layak ke Suku Akhir.  Berikut adalah keputusan perlawanan:

P1

MOZAC (K) vs SWING (P)

Margin 8
Pembahas terbaik : Muhd Nabil b. Mad Sari
MOZAC menang

P2

MOZAC (K) vs SDAR B (P)

Margin 1.67
Pembahas terbaik : Izyan Ainaa bt. Khasbullah
MOZAC menang

P3

MOZAC (P) vs SDAR A (K)

Margin 1
Pembahas terbaik : Izyan Ainaa bt. Khasbullah
MOZAC menang

P4

MOZAC (P) vs STAR  (K)

Margin 1
Pembahas terbaik : Izyan Ainaa bt. Khasbullah
MOZAC menang

P5

MOZAC (K) vs SDAR A (P)

Margin 3
Pembahas terbaik : Helmy Junaidi (SDAR A)
SDAR A menang

Dengan 4 kemenangan dan 1 kekalahan , MOZAC telah menduduki tempat ke-dua peringkat kumpulan dan layak ke peringkat Suku Akhir. Pada peringkat Suku Akhir , kami telah bertemu SMS Banting yang telah memeberikan saingan sengit kepada kami .

Suku Akhir

MOZAC (P) vs SMS Banting (K)

Margin 1.32
Pembahas terbaik : Muhd Nabil b. Mad Sari
MOZAC menang.

Alhamdulillah , kami berjaya mengalahkan SMS Banting yang memeberikan saingan yang amat sengit kepada kami. Dengan itu kami telah diundi bertemu SMAP Kajang pada peringkat Separuh Akhir.

Separuh Akhir

MOZAC (K) vs SMAP Kajang (P)

Margin 1
Pembahas terbaik : (tak ingat)
MOZAC menang

Syukur ke hadrat ilahi kerana kami berjaya mara ke peringakat Akhir. Kami bertemu SDAR A pada peringkat akhir

AKHIR.

MOZAC (K) vs SDAR A (P)

Usul : Identiti Pendidikan Kita Boleh Dibanggakan

Margin 1
Juri 7-0
Pembahas terbaik : Izyan Ainaa bt. Khasbullah
MOZAC menang

Alhamdulillah ! Kata-kata tidak dapat mengambarkan betapa gembiranya kami apabila dapat mengalahkan tuan rumah SDAR A. Juri mendapati bahawa perlawanan akhir berlangsung dengan sengit. Kami juga ingin mengucapakan terima kasih yang tak terhingga kepada guru pengiring kami Cikgu Daliza dan juga e-x MOZAC yang tidak jemu melatih kami iaitu Abg Amar Hilmi da Abg Amrul Safuwan ^^ Kami juga berharap kemenangan ini adalah titik permulaan kami untuk mencapai impian kami yang sebenar iaitu untuk menjuarai Petandingan Bahas Piala Perdana Menteri yang menjadi impian setiap pembahas SBP amnya. Kami juga agar dapat mempertahankan Piala Tun Razak pada tahun 2013. Amin. Akhir kalam , Kami Pendebat MOZAC. Banyak izin laluan kami tak gentar. Piala Debat kami kejar. Rupa tak sama , hujah        berbeza. Premis serupa, bidasan bergaya. Kami pendebat MOZAC. Kami takkan terpisah ^^


Sweetest moment ever ! ^^

Our trainer. Haha xD Thanks bro

Terima kasih cikgu atas nasihat-2 yang beruna untuk kami :)







Posted by Buqhari at 23:11 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 4 December 2012

Cuak --'

Assalamualaikum w.b.t :)


  Hey readers ! xD Lol , 2 minggu lagi dah nak keluar result. Ya Allah , cuak nya aku --' Hanya Allah je yang tahu macam mana gerun nya tunggu 19.12 tu. Adoi --' Hmm , apa boleh buat. Tawakal je lah :) Kita dah berusaha , Allah yng menentukan. Kalau tak dapat , jangan terlampau sedih , sebab Allah tahu yang terbaik untuk hamba-Nya :) I'll bet cikgu-2 pon takut. Lebih-2 lagi Cikgu Azniza . Thanks cikgu. Selama 10 bulan cikgu bimbing kiteorang, Walaupun cikgu pernah terluka , marah dengan kiteorg. Tapi itulah yang buat kami lebih bersemangat. Semangat untuk capai kejayaan yang kami sasarkan. Kami yakin, Kami boleh. KAMI E-X KAMI AWESOME. 




E-X never be apart :)

Posted by Buqhari at 18:09 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 23 November 2012

Cantik dah soleh :)

Peace be upon to you humans. :)

I have one story that I read in fb. Interesting and may it will give thousands of lesson to us :)

Di sebuah restoran mahal..

Seorang gadis bertudung makan seorang diri...

tiba-tiba datang sekumpulan remaja duduk di meja sebelah..


Seorang gadis dari kumpulan itu berkata :

"gadis kampung mana pulak datang restoran mahal camni pastu makan guna tangan pulak tu...ni mesti tak reti nak pakai sudu dan garfu kan.."

Seorang anak muda pulak menyampuk:

"ish...muka cantik..tapi makan sampai licin pinggan..malu doh kalau aku jadi bf dia..kalau awek aku makan x sampai separuh pinggan..diet katakan..nak jaga badan...."

Seorang lagi berkata :

"eww..tengok tu...sampai menjilat jari dowh..geli aku...pengotor rupanya awek ni..."..

Kemudian datang seorang lelaki yang tidak dikenali ke arah kumpulan remaja tu...

Lelaki tu berkata:

♥ Gadis bertudung itu makan guna tangan kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w. bukan kerana dia gadis kampung.

♥ Gadis bertudung itu makan sampai licin kerana dia tak ikut nafsu untuk membazir, bukan kerana dia tidak malu.

♥ Gadis bertudung itu makan sampai menjilat jari kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w, bukan kerana dia pengotor.

p/s : Rasulullah saw. bersabda yg bermaksud : “Sesiapa yg menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya ia telah mencintaiku, dan sesiapa yg mencintaiku, nescaya ia bersama-samaku di dalam syurga.. (Riwayat Anas ra.)






May Allah bless us always :) Assalamualaikum w.b.t
Posted by Buqhari at 22:57 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Ohhh , haha !

Peace be upon to you humans.. :D

Lol , I'm boring. This is happen when I'm bored

Haha , saya suka dan sayang awak. Tapi tak melebihi sayang pada Allah swt , Rasulullah and my parents :)
May Allah swt bless you alwys :)
Posted by Buqhari at 06:55 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 21 November 2012

Yahudi oh yahudi -.-

Peace be upon to you human :)


  • MENGAPA ISRAIL TAK SERANG MALAYSIA?

    1. Melihat dengan MATA HATI, di sebalik serangan fizikal di Gaza, apa sebenarnya intention pihak zionis yang cuba lakukan. Gaza tue besarnya, tau besarnya berapa? Utara ke Selatan 40km (jarak kl - shah alam) Timur ke Barat 7km (jarak cheras - KLCC). Penduduk 1.4 Juta orang di kawasan Gaza sahaja. Tanah Palestin berpecah belah negaranya.

    2. Kalau dilihat dari peta Palestin sekarang, kenapa ianya berpecah2? Mengapa pihak zionis tidak mengambil kesemua tanah Palestin? Ataupun kalau dia nak ambik, kenapa negara Palestin tidak menjadi negara yang bersambung-sambung?

    3. Jadi kesimpulan ringkas yang diamati, pihak zionis sengaja memecahkan sedikit demi sedikit negara Palestin kerana mereka tak mahu umat Islam bersatu, mungkin jika bersatu, memang sekejap sahaja Israel akan boleh ditawan semula dengan mudah.

    4. Sebenarnya kalau nak melenyapkan terus umat Palestin, pihak musuh hanya perlu bom 3 tempat sahaja, hospital, bekalan air, dan bekalan elektrik. Habis cerita... Tetapi pihak musuh tidak menyerang tempat tersebut, mereka menyerang tempat2 di mana ramai rakyat Palestin berhimpun, di rumah2, kenapa? Mengapa mereka tidak melenyapkan terus umat Palestin?

    5. Sebenarnya, mereka mahu menunjuk pada dunia, yang mereka mempunyai kekuatan untuk MENYEKSA umat Islam, di sana mereka MENYEKSA umat-umat Islam secara fizikal. Kita di sini, mereka MENYEKSA kita dengan cara spiritual, kekuatan teknologi, dan platform yang telah mereka bina macam fesbuk nie. Kita disini DISEKSA secara berterusan, cuma bezanya diseksa dalam keadaan harmoni.

    6. Lapar, nak makan cepat, ada McD. Nak tunggu nasik campur, takder drive thru, apatah lagi nasi goreng kampung pun takde drive thru, nak order pun 10 minit nak goreng. Sekarang sedang menggunakan pc yang processornya adalah INTEL, memang INTEL ada kilang di merata dunia termasuk di Pulau Pinang & Kulim. Tetapi pusat RND nya ada di 'sana'. RND = enjin sebenar. Sapa tak pernah makan Kit Kat, air yogurt Nestle (semalam baru minum), apatah lagi Colgate, Coke dan minyak bayi Johnson & Johnson.

    7. Secara amnya, hampir 2/3 daripada isi pasaraya tue milik ____? Habis kenapa kita terpaksa beli juga? Sebab kita tidak ada PILIHAN. Mengapa kita tidak ada PILIHAN? Sebab kita mempunyai sikap iri hati dan tamak haloba. Nak wujudkan PILIHAN katalah buat nak buat biz tiru Coffee Bean, belum apa2, baru nak setup kedai, dah kawan tipu kawan, adik beradik bergaduh, macam mana nak buat branch banyak negara. 1 kedai pun belum naik. Mengapa kita ada sikap tersebut? Apa yang kita makan itulah diri kita. Abis kita makan apa nie?

    8. Eyh tengok orang sana berperang kita di sini pun berperang jugak, bezanya sana berperang, memang betul2 berperang dengan musuh, kita di sini berperang dengan melihat mempertikaikan kenapa perlu boikot, kenapa perlu derma, ada yang kata derma bermusim. Hallo hallo pasal tue lah, ianya menjawab tajuk post nie. Buat apa Israil nak serang kita, diorang tak buat apa2 pun kita berperang sesama sendiri. Lagipun diorang dah menang tanpa bertanding.... Sebab apa menang tanpa bertanding? Di kala mereka sedang cuba menghapuskan saudara2 kita, kita masih lagi TERPAKSA guna produk mereka. Burger telur free pun berebut nak beratur sampai luar pintu.

    9. Biarlah kawan2 kita yang lain, ada yang mampu nak derma, biarlah mereka derma, ada yang nak berdemo, biar mereka berdemo, ada yang boleh berdoa, biarlah mereka berdoa, sekurang2nya masing2 cuba melawan dengan kudrat apa yang ada. Sebab tue kalau tengok di tv, ada orang2 muda Palestin yang baling batu ke arah kereta kebal. Batu tue kena kereta kebal pun, orang dalam kereta kebal tak dengar bunyinya. Tapi semuanya ada sikap berjuang nak melawan.

    10. Hikmah kejadiain ini juga adalah signal dari ALLAH, supaya umat Islam sedar, walaupun kita ramai, tapi kita lemah. Kita tak bersatu. Tak caya? cuba masuk mana2 kampung, lihat di kampung tue katakan ada 14 orang veteran, sekurang-kurangnya mesti ada 3 puak di kalangan 14 orang veteran. Yang nie orang tok sidang, yg nie orang penghulu, tak ngam dengan tok sidang, yang tok sidang punya geng tak ngam dengan Timbalan Pengerusi Surau yang ke-3. Yang di jabatan2 tiap2 hari khamis pakai baju batik pula, ada 20 orang dalam satu organisasi, tetapi ada 4 team! Team A baik dengan Ketua Pengarah, Team B pula baik dengan Timbalan Ketua Pengarah 1, Timbalan Ketua Pengarah 1 tak ngam dengan Ketua Pengarah, Ketua Pengarah pula baik dengan Timbalan Ketua Pengarah 2, maka Team Timbalan Ketua Pengarah 1 tak baik dengan team Timbalan Ketua Pengarah 2. Tak faham?

    11. Jangan lupa juga sesungguhnya bumi Palestin masih lagi wujud hasil doa2 umat Islam di seluruh dunia, kita di masjid2 time solat Jumaat pun khatib bacakan doa kesejahteraan rakyat2 Palestin. Tempat Israk Mikraj tue bro.

    12. Kawan², rakan² marilah, situasi di atas adalah hakikat sebenar, janganlah kita jadikan situasi tersebut sebagai alasan untuk kita tidak boleh berubah. No.1 bersihkan dalaman dahulu, banyak sangat clog yang perlu dibersihkan, tak perlu tunggu bersih sepenuhnya baru nak jadik baik, asalkan ada kemahuan yang membara, clogging yg ada tue akan mula beredar perlahan2. Bersolat bukan sekadar bersolat, bersolat fahamkan makna bacaan dalam solat, baru senang nak feel. Tak perlu tunggu hafal 30 juzu' baru nak sampaikan benda yang baik. Pernah dengarkan "Sampaikanlah walaupun 1 ayat"? Sekurang2nya boleh menjadi ulangkaji kepada yang si menyampaikan, bro cuba lu tengok page Sham Kamikaze hari2 post pasal kelebihan solat dhuha, tiap2 waktu ingatkan orang suruh solat awal waktu, apsal dia buat selalu? Sebab dia ambik 'roh' azan. Apa itu 'roh' azan? Manusia perlu diingatkan sepanjang waktu.


    Options

Posted by Buqhari at 20:03 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 18 November 2012

Renungan. :)

Peace be upon to you humans. :)

These are things that we use to do in our life.. Subhanallah.

♥ Wang RM10 begitu besar bila dibawa ke
tabung amal masjid, tapi begitu kecil bila kita
bawa ke supermarket.

♥ 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi

betapa pendeknya
waktu itu untuk pertandingan bolasepak.

♥ Betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi
betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menikmati
pemutaran filem di panggung wayang.

♥ Susah merangkai kata untuk dipanjatkan ketika
berdoa atau sembahyang, tapi betapa
mudahnya mencari bahan percakapan bila
bertemu teman-teman.

♥ Betapa happynya bila menonton bola sepak
yang agak lama, tapi betapa bosannya bila
imam solat jika terlalu lama bacaannya.

♥ Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk sahaja,
tapi novel best-seller 100 halaman pun habis
dilalap.

♥ Orang berebut-rebut untuk kedepan apabila
menonton konsert atau pertandingan bola
sepak, dan berebut cari saf paling belakang
bila sembahyang supaya dapat keluar cepat.

♥ Susahnya orang mengajak untuk berdakwah,
tapi mudahnya orang menyebar gossip.

♥ Kita begitu percaya pada yang dikatakan Surat
Khabar, tapi kita sering mempersoalkan apa
yang dikatakan Al-Quran.

♥ Semua orang ingin masuk syurga tanpa harus
beriman, berfikir, berbicara atau pun
melakukan apa-apa.

♥ Kita boleh post ribuan lawak tapi bila post
yang berkaitan dengan ibadah mesti berfikir 2X.





Marilah berubah kearah kebaikan... :D





Sampai sini je. May Allah bless you always :) Assalamualaikum w.b.t 

Posted by Buqhari at 22:27 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 16 November 2012

Pray for Gaza ! :)

Peace be upon to you humans.. :)

Hey ! Pray for Gaza. Yup , itulah yang kena kita lakukan sekarang ni. Di Malaysia , sedang kita bersuka-ria menyambut Maal Hijrah. But , our friends at Gaza have to face Israel LAKNATULLAH. Israel dengan rasa bangga menyerang Palestin. Gaza sekali lagi bermandikan darah. Ya Allah , selamatkanlah Gaza. Kuatkanlah semangat mereka Ya Allah. Amin.. Berdoalan umat Islam kerana doa merupakan SENJATA kita. Masa kita kanak2 , kita leka dengan hiburan yang ada. Tidak kah kita sedar bahawa kanak2 di Gaza pada usia yang masih mentah. Mereka sudah memegang senjata. Di hati mereka tidak ada rasa ingin bermain , tetapi di hati mereka meluap-luap ingin JIHAD di jalan Allah SWT :) Allahhuakbar .

Dear , readers. Jom bantu Gaza. Bumi Gaza bermandikan darah. Inilah peluang kita untuk mengejar pahala Allah SWT dengan berdoa dan memberi bantuan untuk rakyat Palestin. insyaAllah. Ini ada beberapa kisah yang menarik tentang Gaza.

Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan
memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah
yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!
Allahu Akhbar!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!".
MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?



Subhanallah , sedangkan Rasulullah mahu berperang di bumi Gaza. Apatah lagi kita.. Walaupun kita tidak dapat berperang bersama mereka. Kita bantulah mereka dengan doa dan bantuan yang lain. Sesungguhnya bumi Gaza dilimpahi dengan rahmat Allah SWT. Hal ini dapat dibuktikan apabila haiwan ternakan dan tanam- tanaman di sana subur-subur belaka. Bantulah mereka. Rakyat Palestin terpaksa bertarung nyawa demi untuk sesuap makanan. Subhanallah. 


Sampai sini je. May Allah SWT bless you and Gaza. Berdoalah umat Islam sementara kita boleh :) Assalamualaikum w.b.t
Posted by Buqhari at 19:52 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 12 November 2012

Pictures ! (:

Peace be upon to you human..

Nothing to say . But , just think when see my pictures. Our life are for Allah SWT. When you remember Allah. Allah will remember you :)





Posted by Buqhari at 16:40 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 11 November 2012

Reality .. :)

Peace be upon to you human.. :)

Hey ! Hari ni tibe2 rase semangat nak update pulak. Hehe , tibe2 terdetik kat hati yang hina ini nak sentuh pasal post kat fb or twitter. Salah satu post yang aku rasa tak patut kita itulias ialah post ni. " A day without you feel like a year. ". Heh~ Besar maksud tu. But , did they realise it would be better if they say " A day without Allah SWT feel like a year " Allah SWT yang pinjamkan kita nyawa , oksigen , nikmat. Tapi , ada segelintir umat Islam yang masih tak sedar lagi dgn nikmat yang Allah bagi. Dah boleh beza yang baik dan buruk. Tapi masih pilih yang buruk macam aku ni. Salah satu contoh yang besar. Allah SWT dah berfirman dalam Surah An-Nur. Wanita mesti tutup aurat. Jaga aurat , tapi masih ada dan banyak sebenarnye yang tak ikut perintah Allh SWT. Dah tahu yang kalau tak tutup aurat dosa, TAPI STILL BUAT. Humm , sedih2. Inilah orang yang fasik. And lagi satu. Ini pasal KOREA , aku tahu sekarang musim K-Pop. But , dear girls and boys. Nak minat boleh , tapi jangan lah taksub sangat ye. Sampai tampal gambar mamat korea tu kat meja korang. Kat kahwin dgn diorang lah. Huh , pelik aku. 24\7 dengan Korea je , mana masa kita dgn Allah SWT (tanda soal).

Kalau kita fikir2 kan. Kita menghadap Allah 5 kali sehari. Subuh , Zuhur , Asar , Maghrib , Isyak.  Lima kali je. Tapi , still ade diantara kita termasuklah aku yang tinggal solat. Sedangkan kita tahu solat itu tiang agama. Kalau kita tak solat, maka robohlah agama. :\ Ini semua disebabkan kita terlalu berhibur dengan hiburan. Tak salah berhibur , tapi jangan sampai membawa kepada kelalaian ye. :) Jangan dilayan kat nafsu kita. Nafsu kita boleh kawal. So , kawal lah nafsu anda ye. Jangan terlalu mengikut nafsu kelak diri kita yang binasa.

Haa , a day without Allah SWT feel like a year. Ni baru betul :)

Sampai sini je. May Allah SWT bless you readers. Assalamualaikum w.b.t


Posted by Buqhari at 19:45 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Please don't move :'(

Peace be upon to you humans :)

Haha , please don't move. Itulah tajuk aku hari ni. Seriously , I mean it. I dare say that I will miss you when you move. You teach me a lot about life. Kalau dulu aku selalu buat benda yang bodoh semata-mata nak popular. Sekarang tak lagi. Sekarang , aku tak kesah kalau dihina, diejek dan ape2 lah sebab aku tahu, setiap dugaan yang Allah SWT bagi. Pasti ada balasannya dan pasti juga ada hikmah nya. Contoh , macam tahun ni. Masa awal tahun aku selalu menyesal kenapa tak masuk kelas beta. Tapi bile dah lama aku tersedar. Tersedar satu yang perkara yang besar. Kalau aku tak masuk 3 Omega. Mungkin aku tak kenal kau dan mungkin aku sampai sekarang tak ubah dengan perangai lama aku. Heh~ Nampak macam remeh. Tapi sebenarnye impak yang besar. Thanks ! Thanks again and again. Even I been close to you this year, but seriously. Impak yang sangat besar pada diri aku. Haha , tak salah kalau aku katakan yang kau ubah hidup aku. Cehhh~ Itulah kenyataannya

But , baru2 ni kau ada post yang kau mungkin akan pindah. Hati ini dirasa bagai dipanah halilintar yang membawa maut. Cehh~ Hiperbola btul. Takdelah sampai camtu ye :) Aku rse terkejut dan sedih. Sebab kalau kau pindah tak dapat lah aku jumpa kau next year. Humm , sedih3 :( Takde lah sape yang nak mintak aku ajar math lagi. Hehe , itulah kenangan lama. Ingat lagi first time kau tanyer aku pasal math. Soalan circle. Bagi kau , tulah soalan palaing susah. Haha , to me. Easy like ABC. Cehhh~ Jangan riak Buqhari.

Tapi kan. Kalau kau pindah sekalipon. Aku redha je lah kan. Sebab , semua benda yang berlaku yang berlaku Allah SWT dah susun atur dkat Sidratul Muntaha. Manusia hanya merancangkan , Allah SWT yang menentukan.

Siapalah yang aku maksudkan tu ye. Haha , hey budak. Aku buat post ni untuk kau tau. Bukan senang.
Ni haa budaknyer. Ain Nabihah bt. Kamarol Baharen.
Budak ! Sorry curi gambar kau ye. Haha xD

Sampai sini je. May Alllah SWT bless you always. Assalamualaikum :)
Posted by Buqhari at 06:34 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 29 September 2012

One more week .

Assalamualaikum... :)

Hey guys ! Lame tak update, busy with PMR :) Huh , one more week . Wish me luck. Not forget also to my beloved batch ENGENEERIE-X , insyaAllah we can achieve our target this year. 100% straight A's , I believe that we can do it. Setelah banyak pengalaman pahit dan manis yang telah kita lalui , aku yakin yang tahun ni kita akan mencipta sejarah yang manis. Kalau tahun lepas REVOLUTION dapt 105 orang, tahun 2012 kita gegar BUMI MUZAFFAR dengan 125 orang dapat straight A's insyaAllah :) Biar pun kita dibenci , dihina , dimaki tapi itu semua yang membuat kita lebih matang untuk menempuh hari yang mendatang. Aku jugak yakin bahawa itu bukan satu penghalang untuk kita berjaya. Kita ada Mummy kita, Puan Azniza yang sentiasa komited dengan tugasnya. Thanks Cikgu Az ! :) Tak lupa jugak pada semua cikgu yang mengajar F3 this year. Cikgu E-X Cikgu Awesome :) Untuk kesempatan ini , ingin aku menyusun sepuh jari memohon maaf kepada semua orang andainya terkasar bahasa atau telah melakukan perkara yang menyakitkan hati anda semua ye. ^^ Sampai sini post kali ni. Kami E-X Kami Awesome.. Assalamualaikum... ^^

                                         E-X boys. I have thousands of sweet memories with them :)

                                         They are the reasons why, whenever I fall I get back up
                                       again... :)
Posted by Buqhari at 21:19 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Pages

  • Home
  • Me ! :)

MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

My FoLLOwErS

Labels

  • Kata2 Mutiara... (1)

About Me

Buqhari
View my complete profile

Blog Archive

  • ▼  2013 (7)
    • ▼  June (1)
      • Jadikan TELADAN ^^
    • ►  May (4)
    • ►  March (2)
  • ►  2012 (16)
    • ►  December (4)
    • ►  November (8)
    • ►  September (1)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2011 (28)
    • ►  December (5)
    • ►  November (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  May (15)
Awesome Orange Sharp Pointer

Awesome Inc. theme. Theme images by Nikada. Powered by Blogger.